Produk

Songket Bunga Penuh

Kain songket bunga penuh mengandungi beberapa jenis motif untuk memenuhi tanah kain. Ada yang berbentuk rantaian dan dikenali sebagai teluk berantai. Motif-motif yang biasa terdapat pada corak teluk berantai adalah seperti rantai bunga bintang, rantai bunga cengkih, rantai unduk-unduk laut, rantai jagung dan rantai buah cermai. Songket corak penuh yang padat dengan benang emas, biasanya mengambil motif potong wajik, bunga ladu dan bunga madu manis.

Kode : BES-07
Bahan : Sutera 100%
Jenis : Jenis Bunga Penuh 
Benang : Benang Emas Satibi
Jenis Selendang : Selendang Tanggung
Ukuran Songket :
  • Kain : panjang  174 cm , Lebar 85,5 cm
  • Selendang : panjang 217 cm, Lebar 57,5 cm
Harga : RM78
*tidak termasuk kos penghantaran

Songket Bunga Bertabur

Songket bunga bertabur mempunyai motif berasingan seperti motif tampuk manggis, bunga tanjung, tampuk buah kesemak, bunga pecah empat, bunga tanjung, tampuk buah
kesemak, bunga pecah empat, bunga bintang dan bunga sinar matahari. 
Kode : BES-08
Bahan : Sutera 100%
Jenis : Jenis Bunga Bertabur
Benang : Benang Pakan
Jenis Selendang : Selendang Tanggung
Ukuran Songket :
  • Kain : panjang  174 cm , Lebar 85,5 cm
  • Selendang : panjang 217 cm, Lebar 57,5 cm
Harga : RM78
*tidak termasuk kos penghantaran

Songket Jalur Berdiri

Corak jalur ini sesuai untuk orang lelaki. Kain songket kegunaan wanita biasanya mengandungi lebih banyak benang emas dan motif-motif jalur yang halus seperti bunga kerongsang berantai, siku keluang dan potong seri kaya.

Kode : BES-09
Bahan : Sutera 100%
Jenis : Jenis Jalur Berdiri
Benang : Benang Emas Satibi
Jenis Selendang : Selendang Tanggung
Ukuran Songket :
  • Kain : panjang  174 cm , Lebar 85,5 cm
  • Selendang : panjang 217 cm, Lebar 57,5 cm
Harga : RM68
*tidak termasuk kos penghantaran

Songket Jalur Melintang

Corak jalur ini sesuai untuk orang lelaki. Kain songket kegunaan wanita biasanya mengandungi lebih banyak benang emas dan motif-motif jalur yang halus seperti bunga kerongsang berantai, siku keluang dan potong seri kaya.

Kode : BES-10
Bahan : Sutera 100%
Jenis : Jenis Jalur Melintang
Benang : Benang Kapas Putih
Jenis Selendang : Selendang Tanggung
Ukuran Songket :
  • Kain : panjang  174 cm , Lebar 85,5 cm
  • Selendang : panjang 217 cm, Lebar 57,5 cm
Harga : RM68
*tidak termasuk kos penghantaran

Songket Pucuk Rebung

Pucuk rebung adalah motif yang sering terdapat pada bahagian kepala kain, dan kadang-kadang pada kaki atau tepi kain songket. Motif pucuk rebung juga dikenali sebagai motif tumpal dan berbentuk tiga segi. Antara motif yang terdapat pada kain songket ialah pucuk rebung lawi ayam, pucuk rebung kendung, pucuk rebung gigi bota dan pucuk rebung tunjuk langit. Motif-motif kecil yang berada dalam pucuk rebung ialah bunga tiga dara, gigi yu, bunga bintang, tampuk manggis, tudung celak, bunga cengkih dan lain-lain lagi. Motif-motif ini cukup menarik dan menghiasi bahagian kepala kain sarung atau samping dan juga punca kain selendang.

Kode : BES-11
Bahan : Sutera 100%
Jenis : Jenis Pucuk Rebung
Benang : Benang Emas Satibi

Jenis Selendang : Selendang Tanggung
Ukuran Songket :
  • Kain : panjang  174 cm , Lebar 85,5 cm
  • Selendang : panjang 217 cm, Lebar 57,5 cm
Harga : RM78
*tidak termasuk kos penghantaran

Songkek Tapak Catur

Songket tapak catur terdapat pada kain sarung dan samping. Ia diperbuat daripada benang tenunan yang berwarna-warni dan diilhamkan oleh corak papan catur. Terdapat juga bunga songket pada kain tenun yang berpetak-petak yang dipanggil bunga dalam raga. Jikalau petak-petak ini berbentuk halus dan dihiasi pula dengan motif-motif songket yang kecil, seperti bunga cengkih atau bunga tanjung, kain ini dipanggil kain corak Bugis. Nama corak Bugis mungkin diambil daripada kain Bugis yang telah diimport pada zaman dahulu dari Sulawesi. Corak ini sangat popular untuk kain samping.

Kode : BES-12
Bahan : Sutera 100%
Jenis : Jenis Tapak Catur
Benang : Benang Emas Satibi
Jenis Selendang : Selendang Tanggung
Ukuran Songket :
  • Kain : panjang  174 cm , Lebar 85,5 cm
  • Selendang : panjang 217 cm, Lebar 57,5 cm
Harga : RM78
*tidak termasuk kos penghantaran




No comments:

Post a Comment